Rekod tempahan pelanggan dengan maklumat kenderaan.

Kenali Easy Workshop V3
Bengkel lebihteratur. Kerjalebih lancar.
Urus sebut harga, pesanan jualan, stok, perbelanjaan dan helaian kerja bengkel dalam satu sistem.
Percuma, selamanya · Tiada kad diperlukan
Satu aliran. Dari tempahan hingga invois.
Urus kerja bengkel dengan aliran yang bersambung — daripada tempahan pelanggan, helaian kerja, sebut harga, sehingga pesanan jualan.
Urus kerja bengkel dan kemas kini status dengan mudah.
Sediakan sebut harga profesional dan sahkan dengan pelanggan.
Tukarkan sebut harga kepada pesanan jualan dan keluarkan invois terus.
Semakan stok
Periksa ketersediaan stok semasa membuat sebut harga atau pesanan jualan.
Lampiran resit
Simpan resit, gambar dan dokumen sokongan bersama rekod perbelanjaan.
Sistem pengurusan bengkel untuk kerja harian.
Daripada bengkel kereta dan motosikal hingga servis lori: urus jualan, pelanggan, kenderaan, pembelian dan kewangan dalam satu sistem bengkel online.
Sebut harga & invois
Sediakan sebut harga, teruskan kepada pesanan jualan dan keluarkan invois dengan rekod bayaran yang tersusun.
Lihat panduanStok & inventori
Urus alat ganti dan servis, semak stok cawangan serta jejak pergerakan inventori.
Lihat panduanKewangan & perbelanjaan
Rekod pendapatan, perbelanjaan dan lampiran resit. Semak aliran tunai dalam buku tunai.
Lihat panduanPelanggan & kenderaan
Simpan maklumat pelanggan, kenderaan dan rekod urusan bengkel untuk rujukan seterusnya.
Lihat panduanPesanan belian (PO)
Urus pembekal, pesanan belian, kesan stok dan rekod bayaran untuk memastikan pembelian teratur.
Lihat panduanPerakaunan
Semak akaun, rekod kewangan dan catatan berkaitan transaksi bengkel mengikut kebenaran pengguna.
Lihat panduanLaporan & analitik
Semak laporan jualan, pembelian, stok dan kewangan untuk memahami prestasi bengkel.
Lihat panduanHelaian kerja
Susun tugasan bengkel, kakitangan, alat ganti, status kerja dan dokumen sokongan.
Lihat panduanMulakan dalam 3 langkah.
Akses melalui pelayar web pada komputer, telefon atau tablet. Premium menyokong pasukan dan pelbagai cawangan mengikut kebenaran.
- Daftar akaun
Sahkan identiti melalui kod e-mel atau Google apabila tersedia. Mulakan tanpa kad pembayaran.
- Sediakan bengkel
Semak bengkel, logo, katalog, tunai/bank, persediaan perbelanjaan dan tetapan dokumen sebelum mencipta transaksi.
- Urus kerja harian
Sediakan sebut harga, pesanan jualan dan helaian kerja; semak stok serta perbelanjaan.

Platform Easy Workshop dalam Angka
- Bengkel Berdaftar
- 156+
- Pelanggan Berdaftar
- 7800+
- Kenderaan Direkod
- 11700+
- Invois Dijana
- 12480+
- Jualan Diproses
- RM 7.5 J
- Produk & Stok Diurus
- 12480+
- Pembekal Berdaftar
- 780+
- Tahun Beroperasi
- 2+
Angka keseluruhan Easy Workshop daripada API awam, termasuk anggaran; bukan V3 sahaja. Paparan tersimpan digunakan jika sambungan terganggu.
Pengalaman bengkel bersama Easy Workshop.
Maklum balas pelanggan Easy Workshop yang dikongsi di laman terdahulu.
Easy Workshop telah mengubah cara saya mengurus bengkel. Kini semua rekod kewangan tersusun rapi dan mudah diakses bila-bila masa.Sistem inventori yang sangat berguna. Saya tahu stok barang saya setiap masa tanpa perlu kira secara manual lagi.Modul perakaunan Easy Workshop sangat membantu. Laporan kewangan bulanan kini boleh dijana dalam beberapa saat sahaja.Sokongan pelanggan yang cemerlang. Bila ada masalah, pasukan Easy Workshop sentiasa responsif dan membantu menyelesaikan isu.Pelan Easy Workshop V3
Percuma, selamanya.
Mulakan dengan RM0. Naik taraf kepada Premium apabila bengkel anda memerlukan lebih kapasiti.
Percuma
RM 0
Selamanya. Tiada yuran bulanan.
- Sehingga 30 bil baharu (pesanan jualan) sebulan
- Sehingga RM5,000 jualan sebulan
- 100 item katalog, termasuk servis
- Satu log masuk pemilik
- Satu cawangan
Bengkel semakin berkembang?
Lebih daripada 30 bil sebulan?
Lebih daripada 100 item katalog?
Jualan melebihi RM5,000 sebulan?
Naik taraf kepada PremiumPremium
- 10,000 item katalog, termasuk servis
- Tiada had pelan bulanan untuk pesanan jualan
- Tiada had pelan bulanan untuk jumlah jualan
- Akses pasukan mengikut kebenaran
- Pelbagai cawangan
Naik taraf apabila mana-mana had Percuma dilebihi. Had bil dan jualan dikira setiap bulan mengikut kalendar Malaysia. Kedua-dua pelan merangkumi aliran kerja utama mengikut kebenaran. Premium diaktifkan selepas bayaran disahkan; kedua-dua pilihan bayaran mempunyai ciri yang sama.
Soalan lazim tentang Easy Workshop V3.
Jawapan untuk membantu anda bermula dan memilih pelan yang sesuai.
Adakah pelan Percuma benar-benar percuma selamanya?
Ya. Percuma berharga RM0 tanpa tarikh luput. Hadnya ialah 30 bil (pesanan jualan) DAN RM5,000 jumlah jualan bagi setiap bulan kalendar Malaysia, 100 item katalog termasuk servis, satu log masuk pemilik dan satu cawangan.
Bilakah saya perlu naik taraf kepada Premium?
Naik taraf apabila anda memerlukan lebih daripada mana-mana had Percuma. Premium berharga RM50 sebulan atau RM420 setahun. Bayaran tahunan menjimatkan RM180 (30%) berbanding 12 bayaran bulanan, bersamaan RM35 sebulan.
Bagaimana saya menyediakan akaun bengkel?
Sahkan e-mel menggunakan kod 6 digit atau gunakan Google apabila tersedia. Pemilik kemudian melengkapkan enam bahagian Persediaan Bengkel: bengkel/cawangan, logo, katalog, tunai/bank, perbelanjaan dan tetapan dokumen. Lengkapkan semakan akhir sebelum mencipta transaksi.
Panduan permulaanBagaimana dengan pembatalan dan pembayaran langganan?
Pembayaran Premium diuruskan melalui Stripe. Semak Terma dan Syarat untuk dasar langganan, pembatalan dan bayaran balik sebelum membuat pembayaran.
Terma & syaratBagaimana data dan akses pengguna diuruskan?
Akses fungsi bengkel bergantung pada kebenaran pengguna. Rujuk Dasar Privasi untuk maklumat tentang pengumpulan, penggunaan dan pengendalian data.
Dasar privasiBolehkah saya menggunakan telefon atau tablet?
Ya. Akses Easy Workshop melalui pelayar web pada komputer, telefon atau tablet yang mempunyai sambungan internet.